Wednesday, December 2, 2009

PAMERAN DAN JUALAN PRODUK TEMPATAN

TARIKH : 22 / 11 / 2009

MASA : 8.30 PG – 4.30 PTG

TEMPAT : DEWAN BESAR SERI MEDAN

NAMA USAHAWAN TERLIBAT :

1. AMINAH BT ASAN - TEMPE & IKAN PEKASAM

2. ZAINAB BT SALIP - MAKANAN RINGAN

3. SITI FATIMAH BT ABD BASAR - KRAFTANGAN BUNGA GETAH

4. HALIMAH BT BUNTAT - KRAFTANGAN SURATKHABAR

5. MOHD SUKIRMAN BIN AHMAD - MINUMAN

6. NGATIMAH ITHNIN - MAKANAN RINGAN

7. NORMASTURA BT MUHIDAN - MINYAK URUT

8. MAIMUNAH BT NGAGIMIN - MAKANAN

9. MOHD FAIRUZ BIN HASHAN - PRODUK KECANTIKAN

10. MOHAMAD SAUFEI BIN A. HAMID - KUIH BAHULU

11. NOOR HASLINDA BT JALAL - KRAFTANGAN

12. MOHD ALIFF BIN SARJANI - PRODUK BAJA

13. KAMARIYAH BT SAIMAN - MAKANAN SEJUK BEKU

14. SALWA BT SARIF - URUTAN REFLEKSIOLOGI

15. SALAWATI BT SAHER - MINUMAN DAN CINCAU

PERJALANAN SESI:

Pameran dan jualan produk tempatan ini khusus untuk mengetengahkan usahawan Seri Medan dan ini merupakan peluang kepada usahawan-usahawan tersebut mempromosikan produk mereka kepada komuniti memandangkan kebanyakan produk dan usahawan itu sendiri tidak dikenali oleh penduduk Seri Medan. Selain itu , mereka dapat berkenalan sesama usahawan dan berkongsi pendapat atau pengalaman. Selain itu, tetamu undangan khas iaitu Dato’ Noraini Bt Ahmad juga memuji usaha Pusat Internet Desa mengadakan Karnival Usahawan Sosial ini kerana beliau yang merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong juga mempunyai matlamat mencari usahawan-usahawan sekitar Batu Pahat untuk dipromosikan produk-produk mereka. Beliau membuat lawatan dari gerai ke gerai dan beramah mesra dengan usahawan-usahawan tersebut. Beliau sempat meluangkan masa menyampaikan Hadiah dan Sijil kepada para pemenang bagi acara yang telah dijalankan. Seterusnya hadiah cenderahati kepada Dato’ Noraini Bt Ahmad disampaikan oleh Tuan Haji Misran Bin Kadio selaku wakil Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) DUN Seri Medan. Juga diadakan pertandingan kepada usahawan-usahawan yang terlibat pada pada hari tersebut, antaranya Pertandingan Jualan Paling Laris dimenangi Puan Aminah Bt Asan yang meniaga makanan Tempe dan Ikan Pekasam. Selain itu, Pertandingan Gerai Kreatif , Gerai Terbersih. Karnival berakhir pada pukul 4.30 petang.

No comments:

Post a Comment