Wednesday, December 2, 2009

KURSUS SOLEKAN DAN KECANTIKAN

TARIKH : 18 /11 / 2009

MASA : 9.30 PG – 12.00 TGH

TEMPAT : BILIK PELAJARAN PPK, SERI MEDAN

PERJALANAN SESI:

PID telah menjemput Cik Nazirah bte Mohd Roni dari Butik Aura Brother Collections, Batu Pahat yang berpengalaman membuat solekan Pengantin dan juga majlis-majlis rasmi.Kursus ini menekankan teknik solekan , padanan warna yang betul, panduan menggunakan pelbagai jenis berus dan span serta panduan membeli dan memilih alat solek. . Para peserta diberi tunjuk ajar tentang kemahiran dan pengetahuan beberapa jenis solekan muka mengikut jenis kulit muka sama ada normal, berminyak,kering dan kombinasi. Selain itu, bentuk muka juga memainkan peranan dalam solekan di mana para peserta diajar teknik shading iaitu memancungkan hidung , menguruskan pipi , membentuk belahan dagu serta membuat Smokey Eyes dan Socket Eyes. Para peserta teruja mengajukan soalan lebih lanjut kepada Cik Nazirah mengenai teknik solekan tersebut memandangkan solekan mata juga amat penting dan menyerikan penampilan seseorang. Cik Nazirah juga menunjukkan peralatan beliau semasa menyolek pengantin dan ada juga sesetengah produk yang digunakan dibeli dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

No comments:

Post a Comment