Wednesday, December 2, 2009

KURSUS E-BANKING DAN AGRIBAZAAR

TARIKH : 21 / 11 / 2009

MASA : 11.00 PG – 12.30 TGH

TEMPAT : BILIK PELAJARAN PPK, SERI MEDAN

PERJALANAN SESI:

Penceramah jemputan bagi Kursus E-banking iailah En Razali Bin Supaat yang merupakan penceramah bebas. Sebelum meneruskan sesi penerangan berikutnya En Razali meminta maaf sekiranya para peserta agak terpinga-pinga kerana laman web tersebut menggunakan Bahasa Inggeris Beliau menerangkan kaedah mendaftar Maybank2u.com kepada peserta yang hadir memandangkan ada sesetengah peserta mempunyai akaun Maybank tetapi belum mendaftar Maybank2u.com. Penerangan seterusnya berkenaan tentang langkah-langkah membuat perpindahan wang ke akaun selain dari akaun Maybank. Dipaparkan juga mengenai senarai syarikat-syarikat yang melanggan perkhidmatan Maybank untuk memudahkan pelanggan mereka membuat pembayaran bil secara online. Selain itu, beliau berkongsi pengalaman membuka akaun Gold Saving di Maybank dan memberi tips untuk mengelakkan sebarang kecurian duit di dalam akaun Maybank.

No comments:

Post a Comment