Thursday, November 26, 2009
PERUBATAN TRADISIONAL W.D. SDN BHD.T-45, DESA SRI BAHAGIA
PERUBATAN TRADISIONAL W.D. SDN BHD.T-45, DESA SRI BAHAGIABUKIT INAS, PARIT LAMAN SRI MEDANBATU PAHAT83400, JOHORPerubatan Tradisional W.D telah diasaskan oleh Allahyarham Abu Dakam. Perniagaannya telah didaftarkan dibawah pendaftaran enterprise pada tahun 1992. Beliau telah menceburkan diri didalam bidang perubatan tradisional secara kecil-kecilan selama 20 tahun. Syarikat ini telah ditubuhkan sebagai syarikat korporat Sdn. Bhd pada 13 September 2005 di bawah Akta Syarikat Malaysia. Syarikat ini lebih dikenali dengan nama W.D. W.D adalah sebuah Syarikat Bumiputera sepenuhnya yang ditunjangi oleh ahli keluarga Allahyarham Abu Dakam (Pengasas W.D) yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang-bidang tertentu untuk membentuk satu barisan pengurusan yang mantap bagi mencapai matlamat dan wawasan syarikat.Syarikat mempunyai kilang bertaraf (GMP), ladang serai seluas 20 hektar dan herba bertapak di Desa Sri Bahagia, penanaman dan pembelian serai atau herba dari penduduk setempat, pekerja seramai 27 orang serta pejabat urusan di Seri Medan dan pengurusan pemasaran di Kuala Lumpur.Aktiviti-aktiviti utama Syarikat W.D adalah sebagai pengeluar dan pengedar produk-produk tradisional yang berasaskan serai wangi dan herba. Syarikat W.D mempunyai lebih 20 jenis produk perubatan dan kesihatan berasaskan herba dengan kaedah serta pengadunan herba mengikut ramuan turun temurun yang diwarisi. Bermula pada Mei 2005 Syarikat Perubatan Tradisional W.D telah menyusun semula sistem pengurusan syarikat. Segala aktiviti pendokumenan transaksi harian syarikat dibuat dengan lebih tersusun. Pihak syarikat dengan keyakinan yang jitu mengorak langkah ke dunia industri Perubatan Tradisional dengan lebih meluas dan terancang. Di atas keyakinan ini pihak pengurusan mula giat mengatur rancangan bagi mendapatkan kelulusan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan aktiviti pengeluaran secara sah. Kelulusan Amalan Perkilangan Baik telah diperolehi sepenuhnya bagi produk cecair dan crem pada Disember 2005.Kini dengan slogan “Keajaiban Membawa Kemujaraban” warga W.D giat memperluaskan lagi perniagaan ke seluruh Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment