Monday, November 30, 2009

BENGKEL MEMBUAT LABEL/ MENU DAN PAMPLET


TARIKH : 22 /10 / 2009

TEMPAT : PID SRI MEDAN

NAMA PESERTA :

1. MASITAH BT ALI

2. SUNAN BIN ESA

3. ROSIAH BT MIRON

4. SALAWATI BT SAHER

5. SUMIRA BT TUKIYAT

PERJALANAN SESI:

Bengkel ini mengajar peserta teknik membuat label, menu dan pamphlet yang mengandungi maklumat produk masing-masing. Dengan menggunakan Microsoft Publisher mereka boleh merujuk pelbagai jenis kad, menu , label dan sebagainya yang sedia ada di Publisher untuk dijadikan contoh dalam merekacipta kad masing-masing. Walaupun sebahagian peserta tidak mahir lagi menggunakan Publisher tetapi mereka tampak minat mencipta pamphlet produk mereka ditambah dengan imej yang boleh diambil di internet . Selesai bengkel ini, hasil ciptaan label, pamphlet peserta dicetak untuk mereka membuat rujukan di rumah.

JUALAN BARANGAN DALAM PAPERBAG








TARIKH : 21 /10 / 2009

MASA : 9.00 PG – 3.00 PTG

TEMPAT : PID SRI MEDAN DAN KAWASAN KAMPUNG SRI MEDAN

NAMA PESERTA :

1. NOR HAZANA BT MOHD FATAWI & NOR HAYATI BT ABBAS
2. SUNAN BIN ESA
3. MOHD FAIRUZ BIN HASHAN & ZAKIAH BT MUBIN
4. SALAWATI BT SAHER & ARTINI BT SAHER
5. SUMIRA BT TUKIYAT & ROSIAH BT MIRON


PERJALANAN SESI:

Jualan Paperbag ini adalah merupakan teknik berkomunikasi antara penjual dan pelanggan di mana penjual seharusnya tidak segan silu menjual produk mereka untuk melariskan jualan mereka. Itulah konsep yang diterapkan dalam pertandingan ini. Peserta diberikan 1beg berisi 10 item barang seperti minyak wangi, keychain, buku nota, tisu , pen, dan lain-lain. Kesemua barang ini mesti dijual pada harga yang mereka tetapkan , peserta yang mengutip hasil jualan tertinggi dikira pemenang . Bermula pada pukul 9.00 pagi peserta mengambil paperbag di PID dan dikehendaki berkumpul di PID pada pukul 3.00 petang untuk menghantar Borang Jualan di mana penyelia akan mengira hasil jualan tersebut. Pasangan Nor Hazana Bt Mohd Fatawi dan Nor Hayati Bt Abbas memenangi pertandingan ini dengan kutipan RM 55.00.

Thursday, November 26, 2009

PERUBATAN TRADISIONAL W.D. SDN BHD.T-45, DESA SRI BAHAGIA

PERUBATAN TRADISIONAL W.D. SDN BHD.T-45, DESA SRI BAHAGIABUKIT INAS, PARIT LAMAN SRI MEDANBATU PAHAT83400, JOHORPerubatan Tradisional W.D telah diasaskan oleh Allahyarham Abu Dakam. Perniagaannya telah didaftarkan dibawah pendaftaran enterprise pada tahun 1992. Beliau telah menceburkan diri didalam bidang perubatan tradisional secara kecil-kecilan selama 20 tahun. Syarikat ini telah ditubuhkan sebagai syarikat korporat Sdn. Bhd pada 13 September 2005 di bawah Akta Syarikat Malaysia. Syarikat ini lebih dikenali dengan nama W.D. W.D adalah sebuah Syarikat Bumiputera sepenuhnya yang ditunjangi oleh ahli keluarga Allahyarham Abu Dakam (Pengasas W.D) yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang-bidang tertentu untuk membentuk satu barisan pengurusan yang mantap bagi mencapai matlamat dan wawasan syarikat.Syarikat mempunyai kilang bertaraf (GMP), ladang serai seluas 20 hektar dan herba bertapak di Desa Sri Bahagia, penanaman dan pembelian serai atau herba dari penduduk setempat, pekerja seramai 27 orang serta pejabat urusan di Seri Medan dan pengurusan pemasaran di Kuala Lumpur.Aktiviti-aktiviti utama Syarikat W.D adalah sebagai pengeluar dan pengedar produk-produk tradisional yang berasaskan serai wangi dan herba. Syarikat W.D mempunyai lebih 20 jenis produk perubatan dan kesihatan berasaskan herba dengan kaedah serta pengadunan herba mengikut ramuan turun temurun yang diwarisi. Bermula pada Mei 2005 Syarikat Perubatan Tradisional W.D telah menyusun semula sistem pengurusan syarikat. Segala aktiviti pendokumenan transaksi harian syarikat dibuat dengan lebih tersusun. Pihak syarikat dengan keyakinan yang jitu mengorak langkah ke dunia industri Perubatan Tradisional dengan lebih meluas dan terancang. Di atas keyakinan ini pihak pengurusan mula giat mengatur rancangan bagi mendapatkan kelulusan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan aktiviti pengeluaran secara sah. Kelulusan Amalan Perkilangan Baik telah diperolehi sepenuhnya bagi produk cecair dan crem pada Disember 2005.Kini dengan slogan “Keajaiban Membawa Kemujaraban” warga W.D giat memperluaskan lagi perniagaan ke seluruh Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa

Pengusaha baja Organik(Sarjani)

Baja Organik MAS Hitam (Effektif Mikroorganisma) merupakan baja organik yang telah diiktiraf oleh kebanyakan badan-badan kerajaan, swasta, petani dan pengusaha ladang-ladang pertanian. Keistimewaan Baja MAS Hitam telah dibuktikan dengan pelbagai kajian terhadap pelbagai jenis pokok dari rumput karpet sehinggalah ke pokok sawit atau getah. Tanaman bunga seperti Orkid di ladang orkid Kementerian Pertanian Moden Ayer Hitam telah menggunakan baja ini secara berterusan sehingga hari ini. Jabatan Pertanian juga telah menggunakan baja ini untuk projek tanaman pisang, tanaman kontan dan tanaman herba kerana keistimewaan baja Syarikat kami. Setakat ini pengeluaran kami dalam sebulan 80 Tan - 100 Tan bergantung kepada permintaan. Layari laman web kami di www.sarjani.com.my untuk maklumat lanjut. Hubungi En. Sarjani 016-7119837 untuk sebarang pertanyaan.Juga bolih menghubungi Cik Sunan sebagai wakil perunding(0137382469).Juga ada menjual makanan untuk lembu dan kambing.

Inilah rupa projek Ayam Kampung NatureAgroTrading(NAT) dengan teknologi EM.Lokasi di Sri Medan,Batu Pahat , Johor.Size 1.2-1.8kgKepada yang berada sekitar Batu pahat, Johor dan inginkan bekalan ayam kampung(hidup/bersih) sila berhubung dengan :Sunan-0137382469(harga boleh dirunding)