Wednesday, December 2, 2009

PAMERAN DAN JUALAN PRODUK TEMPATAN

TARIKH : 22 / 11 / 2009

MASA : 8.30 PG – 4.30 PTG

TEMPAT : DEWAN BESAR SERI MEDAN

NAMA USAHAWAN TERLIBAT :

1. AMINAH BT ASAN - TEMPE & IKAN PEKASAM

2. ZAINAB BT SALIP - MAKANAN RINGAN

3. SITI FATIMAH BT ABD BASAR - KRAFTANGAN BUNGA GETAH

4. HALIMAH BT BUNTAT - KRAFTANGAN SURATKHABAR

5. MOHD SUKIRMAN BIN AHMAD - MINUMAN

6. NGATIMAH ITHNIN - MAKANAN RINGAN

7. NORMASTURA BT MUHIDAN - MINYAK URUT

8. MAIMUNAH BT NGAGIMIN - MAKANAN

9. MOHD FAIRUZ BIN HASHAN - PRODUK KECANTIKAN

10. MOHAMAD SAUFEI BIN A. HAMID - KUIH BAHULU

11. NOOR HASLINDA BT JALAL - KRAFTANGAN

12. MOHD ALIFF BIN SARJANI - PRODUK BAJA

13. KAMARIYAH BT SAIMAN - MAKANAN SEJUK BEKU

14. SALWA BT SARIF - URUTAN REFLEKSIOLOGI

15. SALAWATI BT SAHER - MINUMAN DAN CINCAU

PERJALANAN SESI:

Pameran dan jualan produk tempatan ini khusus untuk mengetengahkan usahawan Seri Medan dan ini merupakan peluang kepada usahawan-usahawan tersebut mempromosikan produk mereka kepada komuniti memandangkan kebanyakan produk dan usahawan itu sendiri tidak dikenali oleh penduduk Seri Medan. Selain itu , mereka dapat berkenalan sesama usahawan dan berkongsi pendapat atau pengalaman. Selain itu, tetamu undangan khas iaitu Dato’ Noraini Bt Ahmad juga memuji usaha Pusat Internet Desa mengadakan Karnival Usahawan Sosial ini kerana beliau yang merupakan Ahli Parlimen Parit Sulong juga mempunyai matlamat mencari usahawan-usahawan sekitar Batu Pahat untuk dipromosikan produk-produk mereka. Beliau membuat lawatan dari gerai ke gerai dan beramah mesra dengan usahawan-usahawan tersebut. Beliau sempat meluangkan masa menyampaikan Hadiah dan Sijil kepada para pemenang bagi acara yang telah dijalankan. Seterusnya hadiah cenderahati kepada Dato’ Noraini Bt Ahmad disampaikan oleh Tuan Haji Misran Bin Kadio selaku wakil Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) DUN Seri Medan. Juga diadakan pertandingan kepada usahawan-usahawan yang terlibat pada pada hari tersebut, antaranya Pertandingan Jualan Paling Laris dimenangi Puan Aminah Bt Asan yang meniaga makanan Tempe dan Ikan Pekasam. Selain itu, Pertandingan Gerai Kreatif , Gerai Terbersih. Karnival berakhir pada pukul 4.30 petang.

PERTANDINGAN MEMBUAT MINUMAN UNIK

TARIKH : 22 / 11 / 2009

MASA : 11.15 PG – 12.30 TGH

TEMPAT : DEWAN BESAR SERI MEDAN

NAMA PESERTA :

1. MOHD RIDZWAN BIN MOHD ZIANI

2. NUR IZZATUL AQILAH BT AZHAR

3. HAJAH MARIAM BT HAJI BASORI

4. NORAPIDAH BT HJ TOIMON

5. LAILAWATI BT SHABAR

6. SALAWATI BT SAHER

PERJALANAN SESI:

Pertandingan ini tidak menetapkan sebarang menu di mana para peserta bebas membuat menu minuman tersendiri asalkan ianya lain dari yang lain. Hanya dikehendaki menyediakan bahan-bahan dan segala proses penyediaan hendaklah dibuat dihadapan pengadil. Antara menu Minuman Unik yang disediakan para peserta ialah Milo Chocolate Cips, Jus Jelly Kiwi , Bandung Cincau Laici, Jus Buah Markisa, Air Bandung Istimewa Kasih Sayang. Peserta diadili dari segi persembahan, rasa dan kreatif.

PERTANDINGAN PERANG KUALI

TARIKH : 22 / 11 / 2009

MASA : 10.15 PG – 11.45 PG

TEMPAT : DEWAN BESAR SERI MEDAN

NAMA PESERTA :

1. RAFIDAH BT MUHIDAN

2. HERNI BT JAMARI

3. ROSIDAH BT AWANG

4. MARPOAH BT JAAFAR

5. HAJAH MARIAM BT HAJI BASORI

6. SA’DIAH BT MARKOM

7. IIMAH BT SABIRIN

8. NORAPIDAH BT HAJI TOIMON

PERJALANAN SESI:

Syarat penyertaan bagi Pertandingan Perang Kuali adalah mengikut menu yang telah ditetapkan iaitu Resepi Asam Pedas (jenis ikan terpulang kepada peserta untuk memilih ikan yang sesuai dimasak Asam Pedas), segala rencah masakan hendaklah disediakan di rumah dan kos anggaran adalah RM10. Pertandingan dibahagikan kepada 3 sesi memandangkan dapur gas tidak mencukupi, hanya terdapat 3 unit sahaja tetapi peserta tidak mengeluh dan masih menunggu giliran masing-masing. Pertandingan ini diadili oleh 2 orang cikgu KEMAS iaitu Puan Siti Bt Simis dan Puan Halimah Bt Daiman yang berpengalaman dalam bidang ini. Pemenang diadili dari segi rasa , persembahan dan kreatif.

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK 5-6 TAHUN




TARIKH : 22 / 11 / 2009

MASA : 9.30 PG – 11.00 PG

TEMPAT : DEWAN BESAR SERI MEDAN


PERJALANAN SESI:

Pertandingan ini melibatkan sekolah tadika di Seri Medan iaitu TBK KEMAS Sri Angrik , TBK KEMAS Sayang , Pra Sekolah dan Tadika Perpaduan. Para peserta dikehendaki membawa peralatan mewarna masing-masing dan ditemani seorang ibu atau bapa atau penjaga. Diadili oleh Cikgu Ayof Bin Ahmad. Pemenang bagi tempat Pertama hingga Ke-3 mendapat piala dan cenderahati dan pemenang seterusnya hadiah saguhati.

KURSUS E-BANKING DAN AGRIBAZAAR

TARIKH : 21 / 11 / 2009

MASA : 11.00 PG – 12.30 TGH

TEMPAT : BILIK PELAJARAN PPK, SERI MEDAN

PERJALANAN SESI:

Penceramah jemputan bagi Kursus E-banking iailah En Razali Bin Supaat yang merupakan penceramah bebas. Sebelum meneruskan sesi penerangan berikutnya En Razali meminta maaf sekiranya para peserta agak terpinga-pinga kerana laman web tersebut menggunakan Bahasa Inggeris Beliau menerangkan kaedah mendaftar Maybank2u.com kepada peserta yang hadir memandangkan ada sesetengah peserta mempunyai akaun Maybank tetapi belum mendaftar Maybank2u.com. Penerangan seterusnya berkenaan tentang langkah-langkah membuat perpindahan wang ke akaun selain dari akaun Maybank. Dipaparkan juga mengenai senarai syarikat-syarikat yang melanggan perkhidmatan Maybank untuk memudahkan pelanggan mereka membuat pembayaran bil secara online. Selain itu, beliau berkongsi pengalaman membuka akaun Gold Saving di Maybank dan memberi tips untuk mengelakkan sebarang kecurian duit di dalam akaun Maybank.

PERTANDINGAN SOLEKAN DAN KECANTIKAN

TARIKH : 18 /11 / 2009

MASA : 2.30 PTG – 4.00 PTG

TEMPAT : BILIK PELAJARAN PPK, SERI MEDAN

NAMA PESERTA :

1. NOR HAFIZAH BT KORNAIN

2. NUR NABILAH BT MOHD SULAIMAN SHAH

3. MASITAH BT ALI

4. NENG BT JAFRI

5. NORMASTURA BT MUHIDAN

6. SUHAILA BT SELAMAT

7. MOHD FAIRUZ BIN HASHAN

8. ARJUMAND BIN HISAM

PERJALANAN SESI:

Cik Nazirah bte Mohd Roni selaku jurusolek jemputan telah menjadi pengadil bagi Pertandingan Solekan dan Kecantikan. Para peserta dikehendaki menggunakan model pilihan sendiri untuk masuk bertanding. Para peserta diberikan masa selama 1 jam dengan menggunakan konsep bebas. Para peserta terdiri daripada 8 peserta dan kesemuanya adalah komuniti Sri Medan. Para Peserta telah menunjukkan kreativiti dan komitmen yang tinggi semasa pertandingan ini dijalankan. Para peserta juga pengadil sangat berpuas hati dengan adanya majlis pertandingan seperti ini dan berharap pada masa akan datang akriviti seperti ini akan diadakan lagi. Tambahan pula ini adalah aktiviti yang pertama sekali diadakan di Kg. Sri Medan. Dan mereka berharap ada aktiviti susulan selepas ini. Pemenang tempat pertama bagi aktiviti ini ialah NUR NABILAH BT MOHD SULAIMAN SHAH